Pentas Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2021

Pentas Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2021 akan menjadi perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2020–21, musim ke-66 kejohanan bola sepak kelab utama Eropah yang dianjurkan oleh UEFA, dan musim ke-29 sejak diganti namanya dari Piala Kelab-Kelab Eropah kepada Liga Juara-Juara UEFA. Ia dijadualkan dimainkan di Stadium Olimpik Atatürk di Istanbul, Turki pada 29 Mei 2021.[1]Pentas akhir pada asalnya dijadualkan dimainkan di Stadium Krestovsky di Saint Petersburg, Rusia. Namun, kerana penangguhan dan penempatan semula perlawanan akhir 2020, tuan rumah pentas akhir diturunkan kembali setahun, dengan Istanbul sebaliknya menjadi tuan rumah pentas akhir 2021, akibat daripada pandemik COVID-19 di Eropah.[2]Pemenang akan mendapat hak untuk bermain menentang pemenang Liga Europa UEFA 2020–21 di Piala Super UEFA 2021. Mereka juga akan layak memasuki peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2021-22, dan jika mereka sudah layak melalui prestasi liga mereka, tempat yang dikhaskan akan diberikan kepada juara persatuan kedudukan ke-11 mengikut senarai akses musim depan.[3]

Rujukan

WikiPedia: Pentas Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2021 https://documents.uefa.com/reader/Cr6L8orm3~6ERVXB... https://www.uefa.com/insideuefa/mediaservices/medi... https://www.uefa.com/insideuefa/mediaservices/medi... https://www.uefa.com/insideuefa/mediaservices/news... https://www.uefa.com/insideuefa/mediaservices/news... https://www.uefa.com/insideuefa/news/newsid=264223... https://www.uefa.com/uefachampionsleague/ https://www.uefa.com/uefachampionsleague/match/202... https://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/news... https://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/news...